Sunday, October 23, 2011

Peta Kawasan Kenyah Badeng Sg. Senap(Tiang Polls)

Garisan Merah = Garisan sempadan tanah NCR
Lorekan Kawasan Hijau = Kawasan Temuda/Cultivated Area

LATARBELAKANG KAMPUNG KENYAH BADENG SG. SENAP, SEBAUH, BINTULU.

Kampung Kenyah Badeng Sg. Senap terletak di Sungai Tinggang, Tubau dalam daerah Kecil Sebauh, Bintulu . Terletak kira-kira 150km dari Pusat Bandar Bintulu . Kedudukannya 9km berhampiran dengan Jalan Bintulu-Belaga. Oleh kerana Kampung Kenyah Badeng Senap terletak dilurah sungai Tinggang, maka laluan utama penduduk ke pusat bandar adalah menggunakan jalan kem balak yang telah ditinggalkan.

Kawasan Kampung ini diterokai sepenuhnya oleh penduduk Long Dungan yang pada tahun 2006. Tanaman Utama ialah Tanaman padi, Kelapa sawit dan Kayu Gaharu . Tanaman lain yang boleh diusahakan sebagai tanaman jangka pendek ialah cili dan halia.

Kampung Kenyah Badeng Sg. Senap mempunyai keluasan kira-kira 5349.1 Hectar persegi. Iaitu kawasan tanah NCR seluas 4012.42 hectar, sementara kawasan temuda/cultivated berkeluasan 1336.68 hectar. Kampung Kenyah Badeng Sg. Senap termasuk dalam Daerah Kecil Sebauh. Kampung yang berhampiran dengan Kampung Kenyah Badeng Sg. Senap ialah Rh. Alip dibahagian Utara.

Dari segi taraf hidup, ramai penduduk kampung telah mencapai pencapaian akedemik yang baik terutamanya generasi muda dan sebilangannya telah berkerja dengan kerajaan dan swasta. Penduduk kampung ini juga telah sedar dan mula merubah cara pertanian dengan mendapatkan bahan tanaman komoditi yang bermutu dan memberi pulangan yang lumayan kepada petani seperti Kelapa Sawit, Gaharu dan padi.

Sejarah Kampung

Kampung Senap bukanlah sebuah kampung yang baru wujud dalam Daerah Kecil Sebauh. Walaupun kewujudannya secara rasmi pada awal tahun 2006, ianya telah didiami oleh petani masyarakat Kenyah semenjak belum merdeka lagi. Kawasan Kampung Sg. Senap pada asalnya adalah kawasan perkampungan padi bukit bagi penduduk Kenyah dari kampung-kampung berdekatan.

Pada penghujung tahun 2006, telah wujud kesedaran di kalangan penduduk Kampung Long Dungan untuk mendiami kawasan ini secara tetap kerana mereka tidak mempunyai tanah NCR di Long Dungan. Long Dungan merupakan tanah adat Masyarakat Kajang, iaitu bangsa Sekapan. Tiap-tiap tahun mereka meminjam tanah bangsa Sekapan untuk bercucuk tanam dan membayar sewa tanah tersebut.

Pada penghujung tahun 2005, JKKK dan penduduk Long Dungan telah sedar akan perlunya mempunyai tanah sendiri bagi menjamin masa depan penduduk mereka.

Pada 23 Oktober 2006, seramai empat orang diketuai En. Belarek Asa, pergi berjumpa dengan TR. Alip dan menyatakan niat mereka untuk memohon dan menetap di kawasan Sg. Senap/Sg. Tinggang tersebut. Diatas persetujuan mereka, Satu Parang Kepahlawanan orang Ulu yang amat bernilai telah diserahkan (secara adat) kepada pihak Rh. Alip sebagai satu tanda upacara terima kasih kerana menerima mereka untuk menetap dikawasan tersebut.

Kawasan kampung Sg. Senap ini pada mulanya telah diterokai sepenuhnya oleh 19 buah keluarga iaitu Belarek Asa, Anyit Alung, Eban Anye’, Jalaluddin Bin Abdullah(Jating Bilong),Siang Asa, Ajak Bato, Rejo Jan, Saman Kahang, Engan Asak, Lirang Lampung, Balan Lusat, Rega Emang, Let Ncuk, Ngang Tinggang, Ewai Ajang, Bai Emau, Lurung Epui, Laban Epui dan Ewai Ajang.

Pada 6 December 2006, En. Belarek Asa mengetuai seramai 8 orang pergi berjumpa Penghulu Joshua pada masa itu, dan menyatakan niat untuk memohon dan mendapat pengiktirafan dan pengesahan untuk menetap di kawasan Sg. Senap,Tubau, Sebauh, Bintulu. Dengan penuh perihatin, pihak Penghulu telah memahami masalah penduduk Lg. Dungan yang sememangnya ketiadaan tanah Adat. Oleh yang demikian, mereka bersetuju menerima kehadiran penduduk Lg. Dungan untuk menetap secara kekal di Kawasan Sg. Senap. Dengan penuh adat istiadat Orang Ulu, maka satu parang kepahlawanan Orang Ulu telah diserahkan kepada pihak Penghulu sebagai satu tanda ucapan terima kasih diatas penerimaan mereka ke kawasan tersebut.

Pada 26 Ogos 2007, Pergi berjumpa Tr. Awai Anye’ dan menyatakan bahawa niat mereka untuk menetap di Sg. Senep kerana mereka telahpun diberi kebenaran oleh pihak penghulu kawasan itu(Penghulu Joshua). Sebagai tanda persahabatan dan cara adat orang Ulu, maka mereka telah menyerahkan satu Parang Kepahlawanan orang Ulu yang amat bernilai kepada JKK K dan Tr. Awai Anye’.

Pada 24 Mac 2008, Protem JKKK Kampung Kenyah Badeng Sg. Senap pergi berjumpa dengan Superintendant Land & Survey Bintulu, untuk memaklumkan dan menunjukan kawasan Kampung penempatan baru mereka ini dipeta Land & Survey, Bintulu.

Pada 5 Jun 2008, Rombongan pergi menghadap Tr. Alip Kuleh untuk bertanya dan menetapkan kawasan sempadan NCR dengan penduduk Rh. Alip.

Pada 15 September 2008, Protem JKKK Kampung Kenyah Badeng Sg. Senap berjumpa dengan pihak S.A.O. Sebauh, dan D.O. Bintulu untuk mendapat khidmat nasihat yang diperlukan bagi penempatan Kampung Baru tersebut.

Pada 22 September 2009, Penghulu Anye’ datang melawat kampung Kenyah Badeng Sg. Senap dan beliau telah memberi galakan dan sokongan kepada kami untuk terus menetap dan membina rumah di sini. Pihak Kampung Sg. Senep telah memberi hadiah cenderamata sebatang Sumpit sebagai penghargaan kepada beliau.

Pada awal tahun 2008, ramai penduduk Long Dungan tidak dapat berpindah ke Kampung ini disebabkan tiada pengangkutan persendirian, tiada pengangkutan tetap dan jauh dari pusat bandar. Selain itu, ramai juga yang ragu-ragu dengan status kependudukan kampung Senap yang belum disahkan dan tidak kurang juga yang masih mengharapkan pampasan dari Projek Hiro Elektrik Bakun dan Pelagus. Oleh kerana isu-isu tersebut, ini telah menyebabkan ramai penduduk Lg. Dungan terus menetap di situ biarpun mereka tidak memiliki tanah NCR .

Pada 25 Oktober 2009, penduduk Kampung Sg. Senap telah menyukat tanah NCR dan tanah kawasan temuda/cultivated land mereka dengan menggunakan alatan GPS.

Pada 26 December 2009, Semua urusan berkenaan permohonan dan penetapan persempadanan kawasan bagi penduduk Kampung Sg. Senap telah siap sepenuhnya. Keluasan Tanah NCR senep ialah lebih kurang 4,012.42 Hektar atau 9,915.23 Ekar. Sementara kawasan Temuda area lebih kurang 1,336.68 Hektar atau 3,303.12 Ekar. Sila rujuk peta kawasan Senep berskala 1:40,000 yang dilampirkan.

AHLI JAWATANKUASA JKKK KAMPUNG KENYAH BADENG SG. SENAP

Bagi mengwujudkan sebuah perkampungan berdaftar, penduduk kampung ini telah berusaha keras untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah kampung. Pada 14 Februari 2010, satu mesyuarat telah diadakan bagi menubuhkan JKK Kampung Kenyah Badeng Sg. Senap. Dihadiri seramai 37 orang dan dipengerusikan oleh En. Belarek Asa sebagai protem Pengerusi. Berikut adalah AJKK yang dilantik;


Pengerusi : En. Belarek Asa
Naib Pengerusi : En. Anyit Along
Setiausaha : En. Koleh Lajung
Penolong Setiausaha : En. Seran Anyit
Bendahari : En. Tobang Ulleh Ampung
Penolong Bendahari : En. Edik Mering
Ketua Biro Agama, Adat dan kebudayaan : En. Wesley Ancho
Pen. Biro Agama, Adat dan kebudayaan : En. Abbas Bin Jalaluddin
Ketua Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga. : En. Abun Sui Anyit
Pen. Ketua Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga : En. Kahang Lampung
Ketua Biro Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan : En. Tiup Belarek
Pen. Ketua Biro Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan : En. Rintit Lek
Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan : En. Siang Asa
Pen. Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan : En. Wim Lusat
Ketua Biro Sukan, Sosial & Kebajikan : En. Reniu Sageng
Pen. Ketua Biro Sukan, Sosial & Kebajikan : Pn. Pajeh Ejap Mering
Ketua Biro Belia & Hal Ehwal Wanita : Pn. Molly Sulo Padan
Pen. Ketua Biro Belia & Hal Ehwal Wanita : Cik Junan Belarek
Ketua Biro Kebersihan, Keindahan & Kesihatan : Pn. Ling Jating
Pen. Ketua Biro Kebersihan, Keindahan & Kesihatan : Pn. Monica Sedai
Ketua Biro Keselamatan & Bencana : En. Kuleh Lajung
Pen. Ketua Biro Keselamatan & Bencana : En. Uming Anyit


Jarak Kampung ialah 9 KM dari Jln Bintulu – Belaga